Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Blog ini adalah untuk meluahkan rasa dihati tanpa sebarang niat menyinggung sesiapa. Oleh itu, saya meminta maaf jika sekiranya ada yang tersalah kata, tersilap faham dan sebagainya. Thank you for stopping by to my blog. This blog is open to express my feeling, thought, view, opinion etc without any intention to offending anyone, so firstly, i'm apologizing for any misconveniences, misunderstanding,misconception and etc.

Saturday, May 29, 2010

Chersonese

CHERSONESE tuh adalah Tanah Melayu k. Kot ada yg belum tahu. Terjumpa masa dok busan2 check and update Laptop nih.
Dapat dari web SabriZain rasanya .... tq. Banyak yang menarik ada di webnya.
Cerita banyak sebenarnya dah siap cuma takda mood nak publish.

Gambau Aku


Hehehehehehe Aku dari belakang .... aku kan pemalu orangnya HahahahahaH Misteri kan HemmmmmmmM

Tapi apapun, aku memang puas hati balik ke Mentakab, semalam sebab aku dapat berbual ngan sahabat lama aku Si Nazri dan tanpa disangka dapat berhubung pula sahabat lama lain yang rupanya masih mengenali aku ..... hahahahaha setelah 27 tahun dia masih ingat lagi nama penuh aku yang agak panjang tuh ...... hehehehehehe syabas pada Fendy hahahahahaha , weh ko ngajor sekolah menengah lama ko semula yek, kenapa? Ko ada hutang yek ngan sekolah tuh, itulah sapa suyuh mengganaz hahahahahhaha Nanti aku datang semula jika semua ok kita gi minum kat Restoran Ali atau Restoran Saniah k ajak kengkawan yang lain sekali sebab aku nak nengok rupa korang hahahahahaha nanti aku cuba scan dan upload gambar kelas SRKs Abu Bakar dari Tahun 1980 ke 1983 yang aku ada k, tapi rasanya tak semua tahun aku masih ada huhuhu.

Jadi termasuk ko, Nazri, Azwan (Ada kat MDPekan, Pahang) dan Jamal yang dah aku jumpa, tapi ntah mana daaa si Jamal pergi skang hahahahahaa.Galak aja aku ngan Nazri berborak kat Restoran Saniah tadi hahahahaha. Gambar aku korang leh nengok kat facebook aku tuh tapi bukan hok email aku tuh k (tuh utk email aja).

Tapi apa pun, cam aku katakan dan mintak ..... hehehehe rahsiakan sapa aku, nama sebenar aku dan etc hehehe sebab takda maknanya ramai orang mengenali siapa aku yang taknak dikenali. So korang berdua aja tau sapa aku disamping beberapa yang lain di online yang tahu k.

Tapi yang bestnya jugak, perghhhh puas aku memasak Patin Tempoyak wat makan malam beramai-ramai hahahahahaha lebih2 lagi nengok anak2 aku makan berselera bertambah huhuhu anak Pahang la katakan. Tapi cam besa isteri kesayangan aku nengok aja lah dan menjeling jeles tak faham apa la yang best sangat ngan PATIN dan TEMPOYAK huhuhu.

Thursday, May 27, 2010

Esok Aku Ke Mentakab dan Temerloh

Assalamu'alaikum,

Heheheheheh jangan marah aaaaa esok aku akan ke Mentakab jap bawa ibubapa aku melawat atuk aku jap. Then aku ingat nak pergi ke Temerloh carik IKAN PATIN dalam beberapa ekor k nak buat PATIN MASAK TEMPOYAK. heheheheheh jangan risau, aku yang akan masak bukan isteri aku k sebab dia elergic skit ngan patin nih (bukan Fatin ke apa k) dan tempoyak (tapi durian laju la plak) hahahahahhahahah

Geram dan kecur liur bila teringatkan PATIN MASAK TEMPOYAK. Anak bujang dan anak dara aku musti suka punyer nih. Jadi kasik ingat keenakkannya la huhuhuhuhu

Tapi tengah fikir nak bawak pancing ke tidak, tak dapat ikan maka pancing aja lam kolam patin heheheheh kira pancing jugak apa kankankankan.

Maka, insyaallah nantikan kemunculan gambar Patin Masak Tempoyak den hemmmmmmmm.
Terasa dihujung lidah heheheheeheh Tapi terasa rugi plak sebab tak pergi hari Ahad sebab meriah sikit permandangannya...... huhuhu

Friday, May 21, 2010

Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah

Satu renungan dihari Jumaat diambil dari:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7345.0;wap2

(1/1)

Ummi Munaliza:
Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah
Oleh Amran Zakaria


Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan.

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.

Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.

Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya.

Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya.

Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: "Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu."

Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhuwwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.

Baginda bersabda yang bermaksud: "Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah." (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain." (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain.

Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20090706010609/Article/

Wednesday, May 19, 2010

Demi Waktu Dhuha dan Ilmu

Demi waktu dhuha,
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Aku pilih ayat nih, sebab kejadian hari ini pada jam 1130pm 18/05/2010, yang bermula sejak ahad 16/05/2010 rasanya, benar2 buat aku marah dan mengingatkan aku akan kata2 orang terdahulu.

Seperti aku katakan, Ilmu adalah kurnian Allah maka ia adalah nikmat. Jika nak menguji atau menganiayai orang baik ditujukan pada Bangsa Yahudi atau musuh 'yang nyata' DAN BUKAN pada bangsa dan orang yang seagama. Kan itu namanya melemahkan bangsa sendiri sekaligus melemahkan dan meletak taraf Ilmu tidak ditempat sepatutnya dan ini juga menempatkan hati akal dan jiwa kita ditempat yang paling bawah.

Jika dikatakan untuk membetulkan maka bertanyalah semula pada diri ADAKAH INI CARA YANG DIANJURKAN DAN DIAJARI OLEH ISLAM? Adakah jika begitu yang aku alami dipanggil pendekatan atau penganiayaan? Dan pabila aku bertindak mempertahankan diri dan 'menyambut permainan' maka kalian merasakan aku melampau? Tetapi apakah yang kalian perbuat? Tidakkah itu lagi melampau? Kerana itu dinamakan nak menguji jadi aku layani sebentar permainan bodoh kamu maka mengapa memohon ampun padaku sedangkan mohon ampunlah pada Allah sebab DIA Maha Pemberi Ampun bukannya aku yang serba lemah ini....dan kerana ini aku kehilangan waktu yang berharga aku peruntukkan untuk sesuatu yang lebih penting dan baik.

Ayat ini diajarkan pada aku masa zaman aku mengaji dengan si Nenek di Padang lalang dan Aki Busut Jin (Lupa nak maklumkan Guru mengaji aku ada Dua orang di usia ini, Si Nenek mengaji malam dan si Aki mengaji petang - entah ayah kata bersebab- ikut aja, tapi banyak cabarannya oooo masa nak pergi dan balik hampehhhh kecut aku- ingat aku diajar dengan cara senang ke apa oleh ayah aku). Dia berkata padaku, H….. ayat nih bagi yang tahu dan bersyukur maka dia akan mendapat keberkatan dan hikmah yang cukup banyak. Aku bertanya apa dia aki, dia kata:
1) dilorongkan agar tidak sesat
2) diberi kefahaman syukur dan ilmu
3) diberikan cahaya ketika mendung
4) dibukakan cahaya dan lorong taubah dan merendah diri
5) pendinding dan hikmah
6) dan bermacam lagi termasuk lorong rezeki

Beliau dan orang yang terkemudian telah mengajarkan pula cara mengamalkannya agar hati akal dan jiwa juga turut ditundukkan maka yang tinggal adalah pilihan samada kita ingin menuruti atau tidak!!!! Maka fikirkanlah.

Jika Ilmu adalah nikmat atau kurniaan Allah maka adakah kita telah menzahirkannya dengan betul dan benar?? Jika tidak maka apakah yang telah kita zahirkan !!!!

Aku berharap kejadian malam ini menyedarkan Si Syeikh dan pengikut2 dan ahli2nya akan erti Ilmu yang sebenar. Jika kita rasakan diri kita berilmu maka pergunakanlah pada jalan yang betul. Jangan nak andalkan kalian ramai maka teguh. Maka ingatlah bahawa Alam ini besar lagi luas dan penuh dengan misteri dan kehebatan tersembunyi maka tunduklah pada Allah. Aku tolak baaiah Syeikh kalian tetapi aku pegang janji2 dan sumpah kalian dan akan aku tuntut…. Jika tidak maka musnah binasalah kalian sesuai dengan janji sumpah kalian oleh Allah.

Maka jagailah mereka wahai tuan Syeikh…. Agar tidak berbuat onar padaku mahupun sekaliannya apatah lagi keturunanku etc lagi samada dengan izin atau tidak darimu dan keturunanmu akan datang.

Orang berilmu ada berbagai jenis:
1) berilmu pada Ilmu Allah yang sebenar
2) berilmu dan hebat berdasarkan pada ‘sandaran’
3) berilmu tapi terpendam dan diam menunduk
4) berilmu kosong dan berserah lagi tawakkal padanNYA
5) etc

maka anda di mana???? Dimanakah anda letak Ilmu dan pengetahuan anda?? Dimanakah anda letakkan baaiah anda yang sebenar??? Dimanakah anda letakkan diri anda dan Ilmu anda?

Ilmu digunakan dengan hak dan betul ATAU anda dipergunakan oleh ilmu anda ?????
Jadi pilihlah antara ILMU BERTUNJANGKAN ALLAH atau ILMU BERTUNJANG SANDARAN OR ETC ????? Tepuk dada tanya selera. Jadi dimanakah IMAN dan sebagainya ??? Akal ??? Jiwa ??? Hati???

Ingin jadi hebat tetapi anda rasa setinggi manakah kehebatan anda disisiNYA mahupun di mataNYA ??? Atau di sisi orang yang sabar dan menggunakan Ilmu ditempat sepatutnya??? Jika anda rasa besar or hebat maka nasihat saya, baliklah bertaubat dan memperbaiki diri. Sebab saya merasa malu dan takut nak mengaku sebegitu sebab saya kekurangan yang amat sangat untuk menjadi sehebat dan sebesar itu umpama setitis air dilautan sahaja layaknya.

Al-Baqarah
[18]
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[19]
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[20]
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[21]
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
[22]
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
[23]
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Wednesday, May 12, 2010

Ideologi

IDEOLOGY
From Wikipedia, the free encyclopedia:

An ideology is a set of aims and ideas that directs one's goals, expectations, and actions. An ideology can be thought of as a comprehensive vision, as a way of looking at things (compare worldview), as in common sense (see Ideology in everyday society below) and several philosophical tendencies (see Political ideologies), or a set of ideas proposed by the dominant class of a society to all members of this society (a 'received consciousness' or product of socialization). The main purpose behind an ideology is to offer change in society, and adherence to a set of ideals where conformity already exists, through a normative thought process. Ideologies are systems of abstract thought (as opposed to mere ideation) applied to public matters and thus make this concept central to politics. Implicitly every political tendency entails an ideology whether or not it is propounded as an explicit system of thought.

Bagi ku, ideology boleh jadi sesuati yg individualistic, perkumpulan dan juga boleh jadi sesuatu yg lebih besar. Ia adalah sesuatu yang abstract. Maka kena dilihat dari sudut ia diwujudkan atau dijadikan atau dilahirkan. Tujuannya? Cara? Proses? Etika? Tanggungjawab sosio? Peraturan? Undang-undang?

Maka apakah ideology yang dicari? Apakah ideology yang lengkap dan merangkumi segala sesuatu? Adakah Agama/Ugama suatu ideology? Adakah idea satu idoelogi?

Hemmm….jika dikembangkan maka kita akan dapat lihat kekadang kita bercanggahan tetapi sebenarnya kita memeperkatakan sesuatu yang berlainan kelihatannya TETAPI menjurus kepada ‘pokok yang sama’….keliru…hemmm maka perhalusi dengan hati yang tenang tanpa emosi dengan jiwa yang berpegang teguh pada Allah.

Isu sama, perbincangkan sama, permahaman perspektif berbeza, pokoknya sama, akarnya sama Cuma batangnya berbeza begitu juga dahannya TAPI sebenarnya kita memperkatakan sesuatu yang sama dari sudut yang berbeza, perspektif yang berbeza, TAPI pemahaman yang sama TETAPI kupasan yang berbeza menjadikan seolah ia SATU perbezaan SEDANGKAN kita memperkatakan sesuatu yang sama. Adakah kita ingin memenangkan DIRI atau ingin memenangkan APA?

Ia bergantung pada sudut yang kita pandang, fikirkan, juruskan dan perspektif kita. Hemmm maka apakah erti perspektif menyeluruh dan global? Dan adakah ‘Vertical Integration’ boleh diaplikasikan disini….!!!!

Bagi saya yup dan ya dan yea dan apa juga yang se-erti dengannya.

Ada yang berkata orang yang bijak adalah orang yang menjawab dan memberikan jawapan…!!!! Ada yang berkata orang yang bijak adalah orang yang Bertanya, Berfikir dan mencari Kebenaran, Jawapan dan mengongsikannya….!!!!
Ada juga yang berkata, orang yang bijak kurang berkata, diam dan hanya berkata jika perlu…!!!!

Ini membuktikan satu perspektif yang berbeza TAPI akar yang sama atau objektif yang sama. Tetapi kenapa kita bertelagah sesama sendiri??? Maka apakah kata putusnya dan berakhirnya pertelagahan??? Siapakah yang rugi???

Jadi apakah ideologi yang paling lengkap, universal, global dan mencakupi segalanya.......hehehehehhehee