Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Blog ini adalah untuk meluahkan rasa dihati tanpa sebarang niat menyinggung sesiapa. Oleh itu, saya meminta maaf jika sekiranya ada yang tersalah kata, tersilap faham dan sebagainya. Thank you for stopping by to my blog. This blog is open to express my feeling, thought, view, opinion etc without any intention to offending anyone, so firstly, i'm apologizing for any misconveniences, misunderstanding,misconception and etc.

Monday, August 30, 2010

Surah-surah untuk Amalan

Hemmm nih satu laie list surah2 yang baik untuk diamalkan heheheheh tapi den pun tak ingat amik kat page mana... tapi kalau di semak buku2 yang terjual dipasaran memang ada dicatatkan mengenai ayat2 dibawah nih.


1. Untuk elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh
Surah Al-Baqarah: ayat 102

2. Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 79

3. Melembutkan hati anak/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 69, Surah Al-Hasyr: ayat 22 – 24

4. Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha: ayat 1 – 5

5. Supaya suami tidak kahwin lain (strictly for the wives)
Surah Toha: ayat 39 [mula dari tanda Jim kecil]

6. Ayat Pendinding
Surah At-Taubah: ayat akhir

7. Untuk anak yang suka keluar malam
Surah Ar-Ruum: ayat 31 [Baca 33x]

8. Untuk jadi Pendinding Rumah
Surah Al-Baqarah [Dibaca & tiup pada air dan semburkan sekeliling rumah]

 Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang bertemu Sayidina Ali RA meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Sayidina Ali RA memberitahunya jika dia mengamalkan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun sebesar gunung.Doa yang dimaksudkan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu sehingga aku tidak minta kepada selain Engkau.”[Riwayat Tarmizi]


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan dibebaskan.
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".


Masa mengaji dedulu dengan makcik2 hajjah/pakcik2 haji/tok2 tertentu:

diajarkan cara2 mengamalkan ayatul dengan adab dan tertib, kegunaan setiap satu ayat dan penekanan pada pengenalan tanda2 bacaan, bunyinya etc etc

salah satu utk perlindungan dari zahir/batin, kasar/halus, nyata/ghaib, menakluk hati, akal dan jiwa dan etc etc etc.

amalannya:
Al-Ikhlas 4x
Al-Falaq 1x
An-Naas 1x
lengkap ini = 1x bacaan. dibacakan pada waktu tertentu sebagai awalan amalan.

Ayatul kursi
diulang ayat akhir 7x dan ada juga 70x
dibacakan pada waktu tertentu.
dan juga cara pembacaan khas ada diturunkan/diajarkan.

ayat 284-286 al-Baqarah sebagai amalan harian.

Al-Fatihah, surah taubah dan mcm2 surah laie.
dan sebagainya.

Jadi kita berkata mengenai surah atau ayat? dan yg sy amalkan hanyalah ayat2 lazim seharian. jadi kalau nak kongsi ayat2 POWER cam yg owang lain carik hehehe maaf yek.

1 comment:

  1. t.salam tn...ayat2 pendinding utk antu ngan konco2nya tn..hehehehe..._tjid_

    ReplyDelete