Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Blog ini adalah untuk meluahkan rasa dihati tanpa sebarang niat menyinggung sesiapa. Oleh itu, saya meminta maaf jika sekiranya ada yang tersalah kata, tersilap faham dan sebagainya. Thank you for stopping by to my blog. This blog is open to express my feeling, thought, view, opinion etc without any intention to offending anyone, so firstly, i'm apologizing for any misconveniences, misunderstanding,misconception and etc.

Wednesday, September 22, 2010

Halal

Digalak mohon sijil halal
2010/09/22
          PUTRAJAYA: Pasar raya besar digalakkan memohon Sijil Halal Malaysia (SHM) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan produk dijual tidak diragui status halal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, usaha itu memberi keyakinan kepada pengguna, sekali gus menarik lebih ramai pelanggan terutama umat Islam membeli-belah di pasar raya berkenaan.
“Sudah tiba masanya pasar raya besar memberi perkhidmatan terbaik membabitkan aspek halal, kualiti dan keselamatan produk.
“Pengesahan halal bukan dinilai dari aspek produk, tetapi merangkumi sistem operasi halal yang dijalankan,” katanya selepas majlis penganugerahan Sijil Halal Malaysia dan pelancaran i-Kiosk HDC, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Carrefour, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin; Pengerusi Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC),Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Salim dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

Hemmm bagusler. Tetapi jangan ler pulak dikala ada isu nanti ada yg berkata:
1) tak cukup kakitangan
2) Bukan bidang kuasa
sebab mengadakannya satu hal tetapi menguat-kuasakannya (control/monitor) pula adalah satu hal pula DAN bagaimana pula nak memastikan bahawa yang mengeluarkan sijil itu juga 'HALAL', dari namanyakah atau apa?

Allahualam.

No comments:

Post a Comment