Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Blog ini adalah untuk meluahkan rasa dihati tanpa sebarang niat menyinggung sesiapa. Oleh itu, saya meminta maaf jika sekiranya ada yang tersalah kata, tersilap faham dan sebagainya. Thank you for stopping by to my blog. This blog is open to express my feeling, thought, view, opinion etc without any intention to offending anyone, so firstly, i'm apologizing for any misconveniences, misunderstanding,misconception and etc.

Tuesday, April 19, 2011

Lamanya

Assalamu'alaikum,

Salam semua, lama benor tak mencoret .... sibuk kerja dan sebagainya.

Macam2 berlaku sejak aku mendiamkan diri maka semakin banyak yg dapat aku lihat dan jalani dan sebagainya hahahhaha kelakarnya hahahhaha.

Memang indah bulan nian ciptaan Illahi, serinya tak tergambarkan dek akal tapi terasa hingga ke jiwa bagi yg memahami. Aduhhh rindunya aku pada saat2 malam menjelma lalu duduk dibawah sinaran bulan purnama bersama-sama teman2 ku yang lain.

Hahahahahahaha


Aku merasa kehilangan yang amat sebenarnya tetapi aku juga terasa makin hampir ... ia membuatkan aku

rimas resah tapi makin tenang walau gusar.

Ada kalanya alam terasa membayu, ada kalanya terasa kelam seolah tiada laie ertinya bagi apa jua .....

Arghhh semakin jauh menapak semakin terasa kerdil, semakin terasa tidak mencukupi tetapi bukan pula rasa perasaan tamak mahupun sombong cuma terasa sukar menjelaskannya ...........

Duhai sahabat2, apakah yang dicari, apakah yg dicari ganti maka adakah yang dicari ...... hidup ini umpama roda yg berpusing maka benarlah kata2 dalam Al-Qur'an ... ianya berulang dan mencakupi.

Jiwa .. kenapa terasa tidak sabar akan yang tidak difahami, adakah telah hampir disimpang pertemuan .... arghhh tenanglah wahai jiwa yang tenang, sabarlah maka tiada yg mampu melainkan dengan keizinanNYA.

Duhai sahabat, biarlah diri tidak dikenali, terkinjit2 memerhati dan mengawasi daripada membuta tuli, biarlah diri sebahagian alam daripada menjadi orang yang rugi. Tidak usahlah digusarkan mengenai alam tetapi gusarkanlah pada Yang Maha Menciptanya .............

Semasa kamu sakit, kamu telah diajari dan ditunjukkan maksud Takwa, Taqdir, ...., ....., dan sebagainya .. ingatlah ia umpama anak, ingatlah ia sentiasa maka insyaallah tiada yang mampu menggugahkanmu ......

Ahhh alam, kamu penuh ngan rahsia .... singkaplah tabirmu tapi kamu juga tidak mampu kerana segalanya bukan milikmu ......... kamu tahu dan mampu tapi kamu menyerahkan semuanya kembali pada yang Hak kerana kamu tiada mempunyai keinginan yang berlebihan dari yang kamu ingini.

No comments:

Post a Comment