http://www3.pmo.gov.my/WebNotesApp/hadism.nsf/f22a45d7ac7183ab48256a2d0019186b/168df85fa61655d348256a860016b6ea?OpenDocument
KEMURKAAN ALLAH S.W.T DAN LARANGAN MELAKUKAN PERBUATAN KEJI.
1578 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t adalah Pemurka dan orang yang beriman juga adalah pemarah. Allah s.w.t akan murka terhadap orang mukmin apabila melakukan perbuatan haram.
1577 - Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah s.w.t, kerana itulah Dia memuji ZatNya sendiri. Begitu juga tidak ada seorangpun yang lebih marah daripada Allah s.w.t itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji.
3. TAUBAT TETAP DITERIMA MESKIPUN BERULANG KALI MELAKUKAN DOSA DAN TAUBAT.
1576 - Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu
No comments:
Post a Comment